Tuesday 3 February 2009

AZIMAT ABAH....as promised.

Azimat Abah

Memori ini masih segar dalam ingatan. Waktu itu aku dikehendaki balik awal ke sekolah. Seperti biasa, aku pulang ke rumah bersama kawan-kawan bersempena dengan cuti semester. Hari pertama aku sampai ke rumah, aku sudah mula membantu emak, menolong apa-apa yang patut. Selepas makan tengah hari, emak dan abah keluar. Ke bank, kata emak. Lalu, aku pun meneruskan tugasku.......

Sedang asyik aku membaca surat khabar,

“ Assalamualaikum, ini rumah Encik Hamdan?” Tanya seorang wanita dalam awal 30-an.

Siapa ni? Bisik hati kecilku. “ Ya, boleh saya bantu puan?” tanyaku.

”Saya baru pulang dari bandar, tadi saya nampak emak dan abah awak.......mereka......kemalangan...” jelas wanita itu. Dia nampak berat untuk menyatakan berita itu kepadaku.

” Betulkah?” tanyaku seolah-olah tidak percaya.

Aku terkedu. Kurasakan dunia ini ligat berputar. Semuanya nampak kau dan kelam.....Baru sebentar tadi mereka keluar. Ketika itu aku keseorangan, membuatkan aku bertambah kaget. Aku menelefon abang. Mujurlah dia dalam perjalanan pulang. Abang tidak terus pulang ke rumah sebaliknya dia terus ke hospital.

Tidak lama kemudian, abang balik, membonceng emak. Pelik, mana abah?

“Sabarlah, abah akan dimasukkan ke wad kerana dia masih belum sedarkan diri. Mungkin dia trauma.” ujar emak sambil membelai-belai lembut rambutku. Aku tahu, emak sebenarnya gusar dengan keadaan abah.

Gelodak rasa yang kutahan sejak menerima berita tadi makin hebat berkocak. Aku ingin sekali menangis, namun aku tidak mahu mewarnai rumah itu dengan warna-warna suram ketika emosi semua penghuninya berada pada keadaan rapuh.

Petang itu, aku, emak dan adikku melawat abah di hospital yang letaknya 15 minit dari rumahku.

Hatiku bertambah sebak melihat badannya berlumuran darah. Waktu iu, abah sudah sedarkan diri. Dia hanya mampu duduk di atas katil dan tidak banyak bercakap.

Malam itu, tinggal kami bertiga yang menghuni rumah. Aku, emak dan adik. Aku berasa bertanggungjawab untuk berada di sisi emak untuk menyokongnya. Dan….malam itu juga emak menceritakan bagaimana kemalangan itu berlaku. Kurenung wajah emak. Riak wajahnya tidak menggambarkan apa-apa perasaan, namun jauh di hati kecilnya, aku tahu perasaannya berkecamuk.

Menurut emak, beberapa hari lalu, adik bongsu abah menelefonnya, meminta abah mencari sebuah van sewa untuk kemudahannya.

Mak Su akan datang ke negeriku. Namun semalam ( malam sebelum kemalangan) dia menelefon sekali lagi dan membatalkan hasratnya itu kerana dia akan ke rumah abang iparnya di Balik Pulau. Dan semalam, abah menyatakan hasratnya untuk bertemu dengan adik kesayangannya itu. Ibu melarang. Katanya, tak usah pergi kalau tidak berjemput. Aku tahu ibu tidak bermaksud menghalang niat murni abah, tapi takut abah terkilan nanti.

Air muka abah nampak suram sedikit pagi tadi, mungkin kerana terlalu rindu untuk bertemu Mak Su. Sebelum dia ke bank bersama emak pagi tadi, dia ada menyuarakan hasratnya untuk berjumpa Mak Su petang nanti. Tak sangka, hasratnya tidak tercapai. Dia tidak tahu di mana hendak mencari rumah abang ipar Mak Su itu kerana Mak Su tidak menyatakan lokasi sebenar rumah abang iparnya. Kata abah, jika ada rezeki, pasti dia akan bertemu dengan Mak Su.

Malam itu, aku tidak dapat melelapkan mata walau sepicing pun. Aku tahu abah sudah lama terputus hubungan dengan keluarganya. Hanya sekali-sekala menelefon dan menghantar kad sempena Hari Raya. Kali terakhir aku pulang ke kampung, sewaktu atuk meninggal dunia sewaktu aku dalam darjah 3.

Aku mengambil keputusan untuk membantu abah dala usaha untuk mencari Mak Su yang sudah lama terpisah. Pada mulanya aku tidak tahu apa perlu dibuat. Oleh itu, aku mengambil keputusan untuk mengikut abah ke Tanjung untuk bertemu Mak Su, tapi sungguh tidak disangka hajat abah tidak kesampaian.

Keesokan harinya, abah dibenarkan keluar hospital. Abang dan kakak-kakakku semuanya pulang setelah menerima berita kemalangan abah. Aku tahu, abah tidak cedera teruk.

Syukurlah, abah sudah semakin pulih. Malam itu, aku, along, angah dan kak Teh berbual panjang. Waktu itu, emak dan abah sedang nyenyak tidur. Peristiwa ini amat-amat menyedarkan kami bahawa abah sudah semakin tua dan kudratnya semakin lemah. Namun, abah terpaksa bekerja untuk menampung perbelanjaan kami sekeluarga. Tahun lepas, ketika bulan puasa, masih kuingat lagi…..

Suatu hari, abah balik seperti biasa dari kerja, sambil menunggang motosikal buruknya. Sebaik sampai di pintu pagar, tiba-tiba abah hilang kawalan.

Motosikalnya terbalik. Mujur pada waktu itu mak ada di hadapan rumah. Emak memapah abah ke dalam rumah.

Walaupun abah sudah tua, dia masih memerah keringat untuk memastikan kami semua memiliki kelengkapan yang cukup dan hidup selesa. Bajunya tidak pernah berganti sejak beberapa tahun yang lalu. Juga tidak pernah kulihat dia membeli apa-apa untuk dirinya, walau sepasang selipar.

Aku sedar abah terlalu sayangkan kami. Aku kasihan melihat abah, kerjanya bukannya mudah. Kerja mengangkat dan menyusun kayu balak yang dilakukannya saban hari sangat berat dan tidak setimpal dengan gaji yang diperolehnya. Aku pernah melawat ke kilangnya. Aku lihat abah bersungguh-sungguh bekerja di bawah terik mentari.

Aku di jadualkan balik semula ke sekolah pada 6 Jun. Pada 4 Jun, aku mengikut abah ke kilangnya untuk mengambil gaji. Hanya RM 66 yang dia peroleh dalam seminggu. Tengah hari itu abah mengajak aku berjalan-jalan. Aku menyatakan hasratku untuk membeli kasut. Lalu, abah membawaku ke sebuah pusat beli belah dan membelikanku sepasang kasut baru.

Kemudian, kami berlegar-legar di sekitar pusat beli belah itu. Kulihat abah membelek-belek sehelai baju di situ. Jelas sekali yang abah sangat berminat dengan baju itu. Beberapa kali abah mencubanya. Yang aku hairan, mengapa abah tidak membelinya? Sewaktu berjalan menuju kereta, emak bertanyakan perihal baju itu. Lalu, jawab abah, dia tidak cukup wang untuk membeli baju itu. Sebak yang bergumpal di dada kutahan. Aku hampir-hampir tidak dapat membendung perasaanku ketika itu. Tak kusangka kerana kasutku, abah tidak dapat membeli bajunya.

Oleh kerana itu, akan kuhargai kasut ini dan akan kusimpan ia sebagai satu tanda kenanganku dan abah. Walau abah akan meninggalkanku suatu masa kelak, kasut ini menjadi kenangan yang tidak ternilai harganya buatku.

Malah, aku akan berusaha bersunguh-sungguh untuk mengubah nasib keluargaku. Ketika itu, abah tidak lagi perlu bekerja. Akan kulayan abah seperti raja hinggakan dia akan melupakan bahawa dia pernah menderita untuk membesarkan anak-anaknya suatu ketika dahulu. Ya Allah, semoga abah akan sempat mengecap kebahagiaan itu.

Disebabkan itu jugalah, semangat abah akan terus bersemadi di setiap urat nadiku, selagi nafas ini ada, akan kusemat kegigihan abah sebagai azimat untukku menempuhi hari-hari mendatang dengan tabah.

6 comments:

LiloKasim said...

*tears*

sabar ye syg? Abah nmpk ape yg Tiku buat. Make him proud ye dear? I noe ur Abah tawu hw much u love him. Hugs~

*tears*
Lilo.

Anonymous said...

ermmm...terasa gak la wlo pun sekelumit d hati..huhu..:(
kepincangan duniawi hanyalah sementara,jgn abaikan masa lalu kerana mengejar masa hadapan..tetapi mentela`ah lah masa lalu untuk mengecapi masa hadapan..sesungguhnya hidup ibarat bahtera yg berada d pelayaran yg luas..:)..ting tong..:)
-cAiE-

Anonymous said...

rasenya nasehat org kat atas nie baguih naa. bley bwat menantu neh...

awatif 'adilah atan said...

aik.....ok, siapekah yg memberi komen ke 3?????i wonder

hunny said...

tiku..u've made me cry... :(

sabar ye tiku..

sesungguhnya pengorbanan mak ayah mmg xde tolak banding.. T_T

*big hugs*

anum said...

lalink,

*cry

aku dlm lab n aku ternanges tanpe sedar.