Saturday 20 February 2010

update 2

7th Sept 2009/0648

Wahai Tuhan Maha Sempurna, satu-satunya yang layak disembah. Tiada lain selain Engkau. Seluruh tubuh, minda dan segenap inci diri ini terabdi untukmu.

Aku lantunkan melodi hati buatMu, bukan dalam halwa telinga. Tapi melodi yang mampu aku ukirkan dengan kata-kata, agar aku bisa memperdengarkannya sekali lagi, andai aku tersungkur menyembah bumi. Tuhanku, aku pernah merasa tersiksa sendiri ketika aku sendirian di sini. Hati bagai dihiris saat Kau jemput pulang wali utamaku. Alhamdulillah, selepas setahun berlalu, aku diperlihatkan hikmah ngilu hatiku. Andai hal itu tidak berlaku, entahkan aku masih hanyut dalam dosa-dosa yang hitam pekat.

Tuhanku, hati ini sungguh sayu sewaktu ibu berbicara tentang dirinya sendirian menunggu khabar gembira kemenangan orang yang berpuasa. Sayu dan sedih. Andai bisa aku terbang pulang, tidak aku berkeluh kesah untuk mengepakkan sayapku sepanjang malam. Demi menemani dia. Aku ingin solat bersama. Aku ingin berdua ke masjid, mengabdi pada Sang Pencipta. Namun aku jauh, dan segala angananku tak termungkinkan. Aku cuba pujuk hati, berkali-kali mengamati sabdaMu bahawa anak yang solehah itu doanya sampai untuk orang tuanya. Oleh itu tuhan, aku ukirkan di sini, harapan seorang anak yang sarat merindu kehangatan kasih ibunya. Seperti hangatnya linangan airmata yang merembes, tidak mengerti penat mata menangis. Agar suatu hari, andai aku yang Kau jemput dulu sebelum ibuku…tidak akan merasa terkilan tidak sempat menyatakan kasihku. Kerana bingkisan ini menjadi bukti bahawa setiap detik, setiap masa jantungku berdenyut, doaku untuk kedua mereka tak pernah putus.

Wahai Tuhan yang Maha Kuasa, yang menciptakan aku dari dua insan mulia…

Aku pohonkan seribu kemaafan buat arwah abah yang kurasakan baru semalam kudengar ledak tawanya di sisi. Aku panjatkan kemaafan buatnya. Aku inginkan perlindungan dariMu ya Allah, tuhan Maha Esa untuknya. Allah…kau ampunkan segala dosa-dosa nya, jauhkan dia dari api neraka. Aku ingin sekali menjadi anak solehah yang akan membantunya di sana. Aku ingin sekali doaku sampai kepadanya. Aku ingin alunan kalimahmu yang aku ajukan saban hari menjadi penyejuk dan pelindung untuk arwah abah. Ya Allah, sungguh aku zalim keatas diriku selama ini. Bantu aku menyucikan dosaku, agar doa-doaku sampai kepadaMu. Agar doaku untuk arwah, tidak terhijab dan terus kepadaMu.


Resapkan ketenangan dalam hati manusia yang menanggung azab melahirkanku, tatkala dia sendirian. Temani dia andai dia merasa kesepian. Wujudkan yakin di hatinya bahawa dia tidak berseorangan. Ya Allah, tuhan semesta alam. Khabarkan kepadanya yang aku sungguh-sungguh menyayanginya. Dan aku ingin berusaha menjadi penyejuk hatinya. Agar sakit melahirkan aku dahulu diganti bahagia. Semoga bercahaya senyum tawanya. Tuhan beri aku kesempatan untuk bersua muka dengan ibu, dan ibu kepada ibuku…agar kami dapat berjemaah bersama. Aku dapat aku dengarkan kalimah sucimu, agar dapat aku sampaikan kepada mereka tentang besar cintaMu.

Amin.

update 1

bring back the memories
sown at the place i once loved
send me to
the past that would never be present
build for me a dwellings
of crystal
adorn myself with musk
bathe me in the mediterranean
with the wave not too harsh
with the wind softly brushes against me


BuatMu Pencipta
selayaknya cinta seorang hamba
bukan buat yang akan binasa
bila rasa makin mengusik
hinggakan dunia terasa sempit
hanya bimbinganMu aku harapkan
agar cintaku kekal untuk Sang Pencipta

Dunia ini tidak lama
makin lama semua makin binasa
buatku bergetar menghadam al-Zalzalah
dengan cerita dunia yang sudah semakin lelah

bila terasing di tempat sendiri
aku tagih janji
semakin kurang normal
atas kenormalan buatan

satu, ya Rabb,
jangan butakan aku dengan nikmat dunia...
Rabb,
aku idamkan akhirat yang bahagia
walau kini derita
berperang dengan segalanya

"Verily, i am Allah. There is no god beside Me. So serve Me and establish prayers to remember me. The Hour of Resurrestion is coming. I have willed to keep the time of its coming hidden so that everyone may be recompensed in accordance with his efford."

"Sungguh, aku ini Allah, tiada tuhan selain aku. maka sembahlah aku dan laksanakan solat untuk mengingat Aku. Sungguh, hari kiamat itu akan datang. Aku merahsiakan waktunya agar setiap orang dibalas sesuai dengan apa yang dia telah usahakan."

Forgive us, Allah.

hey, hows life?

Assalamualaikum, dear Blog,

Sorry that we've not been in touch for weeks. I am busy doing nothing. Lately mcm tak lalu makan (tiku tipu), ala2 angau. mungkin kerinduan yang aneka jenis membuatkan reseptor lapar tak berfungsi. i miss my family though ive been travelling back and forth to penang frequently. I miss my house 20 mates, ini sume gara2 blog zati. Tadi dah call nad and zati, tapi call hana tak dapat. malu gaks la ttbe call ckp rindu, tapi ape aku kesah, kate syg kan... he he. sarah yang sebelah katil pn aku rindu, and line and tasha too. pdhal slalu je lepak blok 3. mungkin perlu letak baju2 sket kat sane, tak yah asek2 balek amek barang kalau nk tido sane. enough wit rindu2. next.

hobi baru, saye suke melepak di kuburan. bukan waktu malam ye kawan2. ntahlah kenape. it is a place that will stay still, at all time of the day. Tenang, sunyi, menghibakan, menakutkan and mcm emosi boleh hadir bile lepak kat kuburan. eh, why do i call it 'kuburan'? nape tak panggil kubur?

ini adalah post yang tak tersusun, this is on the spot. sedar tak sedar ive got few posts written in my pendrive but tak post kat blog. hampehs. tgk la, jap g ill put it in kot. dah la kot eh. tak suke tules takde motif, nnt melalut. da~

miss you.