Monday 19 December 2011

:)

ingin berkongsi cerita dan rasa namun takut kau fobia. hanya disinilah aku curahkan warna supaya dapat dihadam bila-bila bersedia.


oit, guna streamyx ke online henpon?

:p

Engkau yang berharga seperti tiada tempat di dunia




Cerita apa yang dulu sering kau putarkan?

cerita bagaimana yang kau dendangkan hingga

gamat ketawa?


Apakah dulu ada peluang terbang melihat tempat oran

seperti kami yang selalu berkunjung

untuk melihat peradaban?

kamilah yang sering melihat peradaban di tempat orang

lantaran tiket untuk terbang yang tidak menipiskan wang

tapi kamilah yang terlupa untuk beradab

berbanding kau yang tidak melihat dengan tubuh dan mata

tapi melihat dengan hati.


hai si tua

waktu kita tidak sama

namun zaman lampau milikmu

menjadikan kau sangat berharga


Ada sesuatu yang aku ingin kamu ketahui.


Hari itu panas. Tapi di langit awan hitam tetap ingin berlumba dengan awan putih. Mahu lihat siapa yang memiliki langit Allah yang terbentang barangkali. Panas menyengat dengan bau rendang besar mengisyaratkan bahawa inilah masa yang sesuai buat perut untuk memulakan dendangan. Aku mengatur langkah laju ke tempat orang ramai beratur. Tua. Muda. biasalah tuh. semua ada. Hanya dua khemah didirikan. Pilihlah suka hatimu. Mau tunggu kosong satu meja buat kamu dan kerabatmu?silakan. Mahu masuk ke dalam makan bersila dengan jemputan? tiada bantahan. Mahu susup aja di mana-mana yang kosong? baik sungguh begitu. Barisan panjang. Aku rimas dengan suasana ramai. Kotor dan sesak. Aku cuma melihat keadaan sekeliling untuk memadamkan bosan di dahiku. Ada sekumpulan suri berpakaian serupa. Kainnya tidaklah gah mana. Coraknya juga tidak seberapa. Mereka juga bukan anak dara muda. Tapi....senyumnya...sampai telinga. Manis sungguh dengan kedut di muka. Hmm..aku pandang. Kerja sudahlah di tengah panas. Mesti keringat berjela-jela. Senyum lagi. aduh. apa yang suka sangat kerja sebegitu? Belum pun pinggan di hulur, hati suri penceduk sudah kembang dengan suka bertemu sahabat yang dulu sama-sama menghalau burung tiak di sawah tok ayah. Sambil menceduk mulutnya becok, bertanya perihal sahabat yang kini jauh dimata. perihal suami sang sahabat yang sudah menyahut panggilanNya. giliran yang lain tiba. sambil mata menguntum senyum, minda kembali ke dekad lalu...waktu panas tidak berbahang begini.Waktu muda remaja, waktu bersuka-suka. Sahabat yang dulu sama ketawa kini hanya sekali sekala berjumpa.Di bawah bumbung inilah panas bahang memasakkan daging-daging manusia di bawahnya. Menggaul semua bau keringat, warna kulit, senyum manisnya atau muka mencuka...menjadi suatu hidangan perpaduan yang empuk dan asyik sekali jika dihidangkan. Yang tua bersemayam di atas kerusi plastik murah, dihiasi mahkota yang semakin nipis memutih, berseri dengan garis wajah yang semakin dalam...sedalam pengalaman yang tiada ternilai. Duduklah si tua di situ. Yang muda satu persatu datang mencium tangan kematu, tangan hikmat membawa rahmat. tetaplah mereka di singgahsana itu, menerima tabik hormat atas azimat yang dicurah suatu masa dahulu.


Ini yang aku ingin kamu tahu. Di suatu majlis keramaian yang sulaman kasih sayangnya masih padu. Zaman ini kamu kurang mahu begitu. Sibuk sungguh dengan mainan tipu-tipu. Ipad segalanya canggih belaka. Namun hal ini aku mahu kamu peka.