Sunday, 2 August 2009

isk. tanak balek die neh.

Puas kutilik kemana hilangnya
setiap ceruk aku teliti
setiap lapis aku halusi
namun tidak ketemu
di mana kamu?

sedarlah aku, bahawa dia tak pernah balik lagi
ke sisi kerana dia telah jatuh di sana
di sana di mim sad ra,

jangan ditanya mengapa
hanya jasadku yang pulang ke sini
kerna jiwaku...
masih berlegar menghirup debu Kota Cairo
jiwa itu, masih terbakar bahang Giza
menemani Sphinx yang setia
menyaksikan kemegahan peradaban dunia

hati yang tidak mahu kembali
masih gagah mendaki batu-batu di Jabal Musa
pandangan masih meliar,
meneguk sisa umat yang disesatkan
Ya Tuhan,
keagunganMu membuat aku rase kerdil

Rabbi, izinkan aku ke sana sekali lagi
untuk aku pujuk diri, membawa jiwaku kembali
supaya mampu aku hias indah
kenanganku di sana, dengan tasbih untukMu
menjadi suluh jalanku di titian Sirat
lantas membawaku
ke sisiMu.

4 comments:

Alice said...

pandai kau berpuisi. clap clap clap* :)

anjut said...

seriously tiku. aku pun inya'allah ke sana lagi tahun depan. sapa2 yg pernah ke mseir, aku rasa mcm kena pukau, rasa nak dtg lagi. sebab ada sesuatu (poyo plak ckp mcm ni.heheh!).

linedabesh said...

wah!tiku ka ni?
;p

awatif 'adilah atan said...

nad: hai akk bnb. mekasih2. malu aku.
anjut: bukan next year dah. bulan 12 neh aku berharap nk pegi lagi. haah. ada sesuatu. (poyo berjemaah, pahala banyak). nnt g sane ko tunjuk la gamba2 ko kat sane tau.
line: awat? tak caya? terrer kan aku!