Cintai aku,
seperti Atan mencintai Jamilah
sehingga terzahir airmata lelakinya,
kerana takut ditinggalkan didunia
tatkala dia berbicara dengan rahmatNya yang lima,
diwaktu Hawa itu derita.
seperti Atan mencintai Jamilah,
hartanya dikongsi bersama,
suka bersama, duka berdua
walau perit, masih tertawa
selalu berdua, membonceng kapcainya
melewati detik2 muda remaja, sewaktu bercinta.
Kasihi aku,
seperti Jamilah mencintainya Atan,
yang saat akhir cintanya itu,
masih redha walau akan sendirian menempuhi harinya
lalu dengan tenang, melepaskan genggaman
dihiasi malamnya dengan bicara dengan Tuhannya
untuk kesejahteraan si dia di sana.
seperti AJ Aries yg kekal menghiasi kalungan emas itu,
seperti cinta yang hilang dimata, diganti dengan doa.
cintai aku seperti itu.
Tuesday, 26 May 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
susah kan kita nak cari cinta yang utuh mcm mak ngan abah...
aku sendiri tak mampu lagi nak jumpa cinta yang bagi agung dan suci macam tu.
uish, kakmam ayat puitis la...phewitt! (dilah cover syahdu)
Post a Comment