Tuesday 24 March 2009

Zaman dolu2...








From Left: Nadhirah, Awatif, Izzati, Hana










From left: Syazana, Awatif, Nabilah










Assalamualaikum. This is the second day saya tak keja, so sangat pening kapla. Sbab sy tatawu nk buat ape. ttbe bosan maen selendang lah, pegi mandi lah. hapelah. But now, mari kite ngeteh sambil kenang zaman kanak2 ribena dan zaman sekarang. (saya buhsan kan, apa lagi, mari blogging).

Zaman dolu2

1. Sy paling suka bday. Oleh itu, sy akan menjemput kawan2 ke majlis hari jadi sy pada 13 hb lapan, walaupun terpaksa menggelabahkan mak dan kakak sebab ttba aja sy bgtau sy dah jemput kengkwan sempena bday saya. lalu mereka terpaksa buat persiapan on the spot.

2. Hobi masa dolu2: panjat bumbung dan lepak2 atas bumbung walaupun hari tgh rembang (maknanya...tengahari buta). Balek skola, terus panjat bumbung umah, lepak2. Penah berangan nk suh abah buat satu bilek kat atas utk saya. Seronok bila boleh panjat dari rumah sendri, tapi turun kat rumah owang laen. Tapi skarang dah tak mampu, sebab sy gayat. Oh ya, saya juga suka panjat pokok. Pokok janggus depan umah tuh, slalu sangat sy panjat. Pasang pelita la, teropong owang balek smayang terawih la. Tapi pokok tuh ada kerengga. Penah jatuh dr pokok tuh, straight masuk dlm longkang.

3. Tak suka pergi tadika sebab buku kerja time tadika senang sangat. Lagipun makanan kat tadika pedas, tak bleh makan. tak tahan.

4. Suke makan sayur petola, kueh ayu botak (kelapa yang kat bahagian atas dibuang), dan karipap takdak inti. maktok,pengasuh sy, akan asingkan kueh2 yang dia buat untuk saya. semua kueh untuk sy akan dipersonalize. maktok juga pandai masak. sebab tuh sy gemok mase kecik2...(skarang pn sy rs mcm zaman kecik2 sbab sy gemok). Tapi kalau duduk ngan maktok, tak boleh kuar umah. Oleh itu, bila maktok ttdo time tgk hindustan, sy akan kuar dan g maen congkak (yang lubangnya dikorek sendri di atas tanah, dan guna biji getah untuk 'guli') sampai petang. Bila mak balek baru sy berani menjengulkan kepala ke rumah maktok kembali. Kalau tak nnt maktok marah.

5. Almost everynight akan ikot abah g beli ubat nyamok kat kedai 'traffic light', dekat on the way to SMKA al-Irshad. Bila balek, akan bawak air kotak dan kacang tumbuk. Namun apabila kakmam yang ikot abah pegi beli ubat nyamuk, dia akan balek dengan tangan kosong. Begitu juga apabila saya ajak abah g jenjalan ke Sungai Petani. Selalunya pujukan saya berhasil. Pujukan kakmam tak menjadi...haha. Oleh itu, kakmam akan suruh sy pujuk abah kalau die yg nk pegi berjalan2.

6. akan pusing satu taman kalau maen rollerblade. Termasuk la kedai mamak. Walaupun setiap kali mamak akan biseng sbab pakai rollerblade masuk kedai die sbab die takut barang pecah, sy akan teruskan aje. Buat muke kering dan beli aje pape, pastuh kuar la kan. Bile besar sket, saya suka bawak kuceng sy pegi kedai mamak pulak. Selalunya ok aja, tapi ada sekali ttba kuceng saya bercakaran dengan kuceng di kedai mama. Mana saya tau mamak ttbe ade kuceng. Slame neh tak penah2 mamak tuh bela kuceng.

7. Menghadapi masalah tido seminggu bila tamtam mati sebab sy rasa kehilangan yang amat sangat. Sbab time tuh cuti before fly (eh, ini bukan cerita zaman kanak2 neh), and sy takde kawan. Sy mmg kawan ngan tamtam. Bile die mati sy lost. So abah carikan kuceng baru tapi tak berhasil sbab sy nk anak kuceng. Setelah beberapa lama, mak berjaya mengumpan kuceng liar kat blakang umah untuk dijadikan pengganti tamtam. Alhamdulillah sy dah jadi nenek. Tapi kuceng2 tuh still panggil saya 'mama'.

Zaman sekarang

1. Saya masih suka bday. Bila august aja, rasa bahagia walaupun bday hanya pada 13hb sbab sy rasa bday sy mcm sebulan. Setiap bulan saya akan ada list hadiah yg sy nak. Hadiah pada tahun ini yg saya nak ialah lotion, hand cream, smarties,clementine, roasted seaweed...blabla. senarai hadiah akan berubah2.

2. Sy guna pensel kayu. Sy tak suka pensil mekanikal. Bosan sbab tak classic and tak bleh asah.

3. . Sy semakin pandai makan cili padi, dan makanan pedas. Tapi selalunya akan ke toilet beberapa hari.

4. Semakin hari semakin banyak lirik lagu yang saya nyanyikan dengan salah. Hal ini dimaklumi kawan2 serumah. Oleh itu, sy redha.

5. Color obsession terhadap warna biru alhamdulillah sudah semakin pulih. Lebih banyak menggunakan kaler2 laen. Obsesi terhadap penggunaan telefon juga semakin pulih. Ini sangat menggembirakan saya kerana bil telefon tidak lagi melambung.

6. Sy dah tak pandai maen rollerblade. Sy sedar kini, usia saya semakin meningkat.


dah ah. bosan ah. nk tido lah. bubbye! Take care semua.
psst:Jgn nenakal.

2 comments:

Anonymous said...

thn dpn hg blk kita lepak rooftop blok 3..aku x penah naek lg..huhu

awatif 'adilah atan said...

sian ank tak penah naek rooftop. aku selalu lepak rooftop. okeh2...kita picnic kat rooftop. suruh sarah masak. klu dpt makanan mak tasha pn best.