Assalamualaikum,
Kadangkala terlintas di hati, adakah wacana penting untuk diri ini menulis? Sememangnya ada hajat di hati untuk menulis dengan serius, namun belum tercapai nampaknya cita-cita yang satu. Mungkin hati belum cukup kuat untuk itu. Namun demikian, setiap kali aku rasa impian ini semakin jauh, akan aku tarik balik angan-angan itu supaya dekat. Akan aku amati semula bentuknya, kukuh atau tidak. Akan aku pastikan kejelasan angan ku yang satu ini. Setakat ini, hanya di ruang blog ini aku memuntahkan segala isu yang kukira pantas untuk dikongsi. Isu-isu yang aku rasa agak menarik untuk kawan-kawan. Di sini aku memohon kemaafan atas isu-isu yang bagai angin lalu, yang tidak memberi maklumat atau mencetuskan pendapat. (seperti isu beethoven dicampak keluar tingkap). Ku kira tidak perlu untuk mengemaskini tulisan ku sehari-hari. Mungkin diamku akan membuahkan hasil, siapa tahu? Buat masa ini aku lebih selesa menyimpan semua idea-idea di dalam jurnal yang setia itu. :)
Jage diri...jgn nenakal!
Awatif 'Adilah

0 comments:
Post a Comment