Tuesday, 10 February 2009

Dame Hannah Roger school


Tag from buah hati kat Perancis:
yang, i tipu. ini bukan gamba yg mcm u tules dlm blog u. i amek gamba neh saje nk tayang. wakakaka.

Nota gambar: Phone gedabak tuh bukan utk telepon atau bergayut. Itu tujuannyer sbg tour guide tak bertauliah.

Psst: Tanak tag sape2. malas.

Pernah rase terbelenggu? hehe. Ok, jgn salah pk. Penah tak dengar lagu Di Persimpangan Dilema: Nora. (Bukan Norafizah Mohd). alah...ala2 macam ko nk kene siap2 g kelas tp ko rase sayang sungguh kat katil dan bantal. Juga seperti its time to go to work tp bontot berakar kat kerusi. Ha, Camtuhlah maksudnyer. Ok. Pendek kate meh aku cite lah kan.

Aku rs sedikit suffocate this week. Sbabnyer, aku rs MACAM banyak keje, and aku rs aku MMG banyak keje. Tapi aku suke maen2 lagi. Isk. Ini tabiat buruk. Kdg2 aku ade keje, tp aku buat2 bodoh. Oklah. Pendek kate (dah brape kali pendek kate da...), aku nk list kan amende yg aku nk kene buat, and tarikh2 yg penting. spy takde yg tertinggal, or anything yg tak bagus. I wanna keep this post short, sbab KORANG PN KENE G BT KEJE KORANG. jgn asek blog hopping. haha. (Konteks ouch!)

Petua owang tue macam aku bile malas
1. Make sure dah smayang, sbab smayang tuh cam timetable
2. Mandi, utk buang malas
3. Klu ngantok sgt, baek g tdo. Bangun fresh, bleh bt keje dengan lagi cepat.

11/2-bawak adik2 pegi asda, beli brg asda.
14/2-Fiqh Musafir, CNY celebration
15/2-Mira perform
16/2 - Draft online response, nk discuss ngan group
18/2-Eden conference
19/2- Barbican traditional dance
1000 words online response

Part-time (cewah...part-time!)
Pak Zul's sinopsis cerpen
Godek Games
Stuart's photo story
Re-Organized Filing
Godek Eden conference
Godek camera and cocoon
Budget
Paris trip

PS: dikala tensen, eloklah bace Quran. tp, hehehe...slalu tiku ngan mira(esp) akan layan PRamlee...

Aku sebuah Beg, sebatang Pensel...lalala

Ingat lagi karangan autobiografi skola rendah? Hana ckp itu untk ajar moral: sile sayang barang2 anda.

Ok, smlm aku g keje, toilet rosak. Pastuh aku masuk tgk ape yg rosak. Ade note: "Could you please clean the inside door handle?" ok. Aku tgk door handle. Something kaler coklat, in liquid form, ade ade serpihan pepejal yang berselepet di pemegang pintu. Yucks. euw. wawa....aku kene bersihkan ke? Ok. Tinggal jap. G buang sampah dulu. Pk. Pk. Pk lagi. Isk. kalu aku tak cuci, sape nk cuci, deparment aku, my baby. haish. Aku msuk balek, letak alcohol banyak2. G ECG room, amek glove bebanyak. Abeh sume mende aku letak...alcohol, sanitizer, all-purpose cleaner, air freshener pn aku letak. Haish. Lame sungguh aku 'mencuci'. Sambil cuci, apesal ntah aie mate meleleh. wawa...mengenangkan nasib diri sebagai tukang cuci.
Ok. Abes dah door handle. Otak: "erm...takkan kat door handle je kot, mesti ade tempat laen yang menerima nasib yang same ngan door handle tuh". cari. cari. cari. There you go. Kawasan bawah toilet bowl pn abes kene. adekah owang ini kene epilepsi sewaktu qada' hajat? ataupon die terencat? oklah. itu tak penting. yang penting kene bersihkan. takpe2...buat aje tiku. rezeki halal kan. Kan kalu tolong buang halangan utk orang laen dapat pahale. ok!. bersihkanlah.
Mira, Zati, Tiku's conversation.

TIKU: weyh, smlm aku kene bersihkan....tuut kat door handle. abes la aku makan gune fork and spoon pas neh
MIRA: Aku penah je. Owang muntah dlm bath tub. Bau beer beb.
ZATI: Mase aku cuci caravan dlu pn ade je tuut merate. euw.

Okeh, pendek kati hidup sebagai cleaner, itulah cabarannya. Niat saya bukan nk merungut, cume kadang2 kalau kite dah gune toilet or anything, check. Check untuk memudahkan owang laen yg nk gune lepas kite (dan utk cleaner gak...sian cleaner), check untuk takde anything valuable tertinggal...check kot2 ade yang terlupe buat, lupe flush dsb. Kan aib kite jugak tuh. Tak gitu? hehehe....
For Mak, or Kakmam, nnt Dilah upload gambaq uniform yan menampakkan sy sebagai seorang Nurse, bukan Cleaner. ecewah.

Note: Nota kali ini tidak puitis sbab sy ngantok sangat. Beetho ade depan mate neh ha, tido. sy nk join die.

muahs.

Wednesday, 4 February 2009

Crammed, boiled, breathless

Kehadapan hati,

Bagaimanakah keadaanmu ketika ini? Adakah engkau sepi tanpaku? Adakah engkau ingin berlari dan mencari aku?
Aku tetap kuat dan utuh selama kau tidak menyedari bahawa aku tetap bersamamu, walau di ceruk mana pun engkau sembunyi. Aku tidak risau akan kehilanganmu, kerana aku tahu kau akan kembali ke sisiku. Sudah kujangka, kau tidak akan mampu hidup kerna kau mahu aku. Kau perlu cahayaku untuk menjernihkan kelammu.
Hati, aku di sini. Sebati dengan dirimu.

Salam rindu,
Semangat

Weyh, tiku. merepek amende neh? tukar mode. Tuut.

Huish. siyesly, i am crammed and breathless. I dont feel like going to work cause i dont feel like it. Inilah aku bile gelabah. I want to vomit, and i wanna cry. But i cant. neh sume Beetho la neh. Gemok. Conquer katil Pastuh pose tido paling mengancam. Mmg menampakkan katil aku inviting. Wah2..post2 bahasa Melayu made me feel like a laureate. Wah. Go go shahnon ahmad.
Other side of tiku:
Cik Awatif, i wonder why do you have to panic. You have 2 days to go. You can work it out all night. Buat slow2 la syg, nnt lelame kang abes jugak kan. Dah2. tarik nafas dalam2. G semayang. Pegi keje. Balek la awal sket arineh. Pastuh jangan off-task. Resource, outline sume dah ade kan. Ape nk gelabahkan? Ok. Now, go. No more talking. Its a serious business now.

Okeh. Chiowz!

Love,
Awatif 'Adilah Atan @ Abdullah...
no tepon...

ok fine. merepek.

Tuesday, 3 February 2009

AZIMAT ABAH....as promised.

Azimat Abah

Memori ini masih segar dalam ingatan. Waktu itu aku dikehendaki balik awal ke sekolah. Seperti biasa, aku pulang ke rumah bersama kawan-kawan bersempena dengan cuti semester. Hari pertama aku sampai ke rumah, aku sudah mula membantu emak, menolong apa-apa yang patut. Selepas makan tengah hari, emak dan abah keluar. Ke bank, kata emak. Lalu, aku pun meneruskan tugasku.......

Sedang asyik aku membaca surat khabar,

“ Assalamualaikum, ini rumah Encik Hamdan?” Tanya seorang wanita dalam awal 30-an.

Siapa ni? Bisik hati kecilku. “ Ya, boleh saya bantu puan?” tanyaku.

”Saya baru pulang dari bandar, tadi saya nampak emak dan abah awak.......mereka......kemalangan...” jelas wanita itu. Dia nampak berat untuk menyatakan berita itu kepadaku.

” Betulkah?” tanyaku seolah-olah tidak percaya.

Aku terkedu. Kurasakan dunia ini ligat berputar. Semuanya nampak kau dan kelam.....Baru sebentar tadi mereka keluar. Ketika itu aku keseorangan, membuatkan aku bertambah kaget. Aku menelefon abang. Mujurlah dia dalam perjalanan pulang. Abang tidak terus pulang ke rumah sebaliknya dia terus ke hospital.

Tidak lama kemudian, abang balik, membonceng emak. Pelik, mana abah?

“Sabarlah, abah akan dimasukkan ke wad kerana dia masih belum sedarkan diri. Mungkin dia trauma.” ujar emak sambil membelai-belai lembut rambutku. Aku tahu, emak sebenarnya gusar dengan keadaan abah.

Gelodak rasa yang kutahan sejak menerima berita tadi makin hebat berkocak. Aku ingin sekali menangis, namun aku tidak mahu mewarnai rumah itu dengan warna-warna suram ketika emosi semua penghuninya berada pada keadaan rapuh.

Petang itu, aku, emak dan adikku melawat abah di hospital yang letaknya 15 minit dari rumahku.

Hatiku bertambah sebak melihat badannya berlumuran darah. Waktu iu, abah sudah sedarkan diri. Dia hanya mampu duduk di atas katil dan tidak banyak bercakap.

Malam itu, tinggal kami bertiga yang menghuni rumah. Aku, emak dan adik. Aku berasa bertanggungjawab untuk berada di sisi emak untuk menyokongnya. Dan….malam itu juga emak menceritakan bagaimana kemalangan itu berlaku. Kurenung wajah emak. Riak wajahnya tidak menggambarkan apa-apa perasaan, namun jauh di hati kecilnya, aku tahu perasaannya berkecamuk.

Menurut emak, beberapa hari lalu, adik bongsu abah menelefonnya, meminta abah mencari sebuah van sewa untuk kemudahannya.

Mak Su akan datang ke negeriku. Namun semalam ( malam sebelum kemalangan) dia menelefon sekali lagi dan membatalkan hasratnya itu kerana dia akan ke rumah abang iparnya di Balik Pulau. Dan semalam, abah menyatakan hasratnya untuk bertemu dengan adik kesayangannya itu. Ibu melarang. Katanya, tak usah pergi kalau tidak berjemput. Aku tahu ibu tidak bermaksud menghalang niat murni abah, tapi takut abah terkilan nanti.

Air muka abah nampak suram sedikit pagi tadi, mungkin kerana terlalu rindu untuk bertemu Mak Su. Sebelum dia ke bank bersama emak pagi tadi, dia ada menyuarakan hasratnya untuk berjumpa Mak Su petang nanti. Tak sangka, hasratnya tidak tercapai. Dia tidak tahu di mana hendak mencari rumah abang ipar Mak Su itu kerana Mak Su tidak menyatakan lokasi sebenar rumah abang iparnya. Kata abah, jika ada rezeki, pasti dia akan bertemu dengan Mak Su.

Malam itu, aku tidak dapat melelapkan mata walau sepicing pun. Aku tahu abah sudah lama terputus hubungan dengan keluarganya. Hanya sekali-sekala menelefon dan menghantar kad sempena Hari Raya. Kali terakhir aku pulang ke kampung, sewaktu atuk meninggal dunia sewaktu aku dalam darjah 3.

Aku mengambil keputusan untuk membantu abah dala usaha untuk mencari Mak Su yang sudah lama terpisah. Pada mulanya aku tidak tahu apa perlu dibuat. Oleh itu, aku mengambil keputusan untuk mengikut abah ke Tanjung untuk bertemu Mak Su, tapi sungguh tidak disangka hajat abah tidak kesampaian.

Keesokan harinya, abah dibenarkan keluar hospital. Abang dan kakak-kakakku semuanya pulang setelah menerima berita kemalangan abah. Aku tahu, abah tidak cedera teruk.

Syukurlah, abah sudah semakin pulih. Malam itu, aku, along, angah dan kak Teh berbual panjang. Waktu itu, emak dan abah sedang nyenyak tidur. Peristiwa ini amat-amat menyedarkan kami bahawa abah sudah semakin tua dan kudratnya semakin lemah. Namun, abah terpaksa bekerja untuk menampung perbelanjaan kami sekeluarga. Tahun lepas, ketika bulan puasa, masih kuingat lagi…..

Suatu hari, abah balik seperti biasa dari kerja, sambil menunggang motosikal buruknya. Sebaik sampai di pintu pagar, tiba-tiba abah hilang kawalan.

Motosikalnya terbalik. Mujur pada waktu itu mak ada di hadapan rumah. Emak memapah abah ke dalam rumah.

Walaupun abah sudah tua, dia masih memerah keringat untuk memastikan kami semua memiliki kelengkapan yang cukup dan hidup selesa. Bajunya tidak pernah berganti sejak beberapa tahun yang lalu. Juga tidak pernah kulihat dia membeli apa-apa untuk dirinya, walau sepasang selipar.

Aku sedar abah terlalu sayangkan kami. Aku kasihan melihat abah, kerjanya bukannya mudah. Kerja mengangkat dan menyusun kayu balak yang dilakukannya saban hari sangat berat dan tidak setimpal dengan gaji yang diperolehnya. Aku pernah melawat ke kilangnya. Aku lihat abah bersungguh-sungguh bekerja di bawah terik mentari.

Aku di jadualkan balik semula ke sekolah pada 6 Jun. Pada 4 Jun, aku mengikut abah ke kilangnya untuk mengambil gaji. Hanya RM 66 yang dia peroleh dalam seminggu. Tengah hari itu abah mengajak aku berjalan-jalan. Aku menyatakan hasratku untuk membeli kasut. Lalu, abah membawaku ke sebuah pusat beli belah dan membelikanku sepasang kasut baru.

Kemudian, kami berlegar-legar di sekitar pusat beli belah itu. Kulihat abah membelek-belek sehelai baju di situ. Jelas sekali yang abah sangat berminat dengan baju itu. Beberapa kali abah mencubanya. Yang aku hairan, mengapa abah tidak membelinya? Sewaktu berjalan menuju kereta, emak bertanyakan perihal baju itu. Lalu, jawab abah, dia tidak cukup wang untuk membeli baju itu. Sebak yang bergumpal di dada kutahan. Aku hampir-hampir tidak dapat membendung perasaanku ketika itu. Tak kusangka kerana kasutku, abah tidak dapat membeli bajunya.

Oleh kerana itu, akan kuhargai kasut ini dan akan kusimpan ia sebagai satu tanda kenanganku dan abah. Walau abah akan meninggalkanku suatu masa kelak, kasut ini menjadi kenangan yang tidak ternilai harganya buatku.

Malah, aku akan berusaha bersunguh-sungguh untuk mengubah nasib keluargaku. Ketika itu, abah tidak lagi perlu bekerja. Akan kulayan abah seperti raja hinggakan dia akan melupakan bahawa dia pernah menderita untuk membesarkan anak-anaknya suatu ketika dahulu. Ya Allah, semoga abah akan sempat mengecap kebahagiaan itu.

Disebabkan itu jugalah, semangat abah akan terus bersemadi di setiap urat nadiku, selagi nafas ini ada, akan kusemat kegigihan abah sebagai azimat untukku menempuhi hari-hari mendatang dengan tabah.

Monday, 2 February 2009

Its Snowing...again!

Dear, the coldness..eyh, bahase melayu lah tiku. ok, let me start again.

Setelah membute selame 13 jam...aku bangun jam 5 pagi. isk. mcm pelik aje bunyik.

Setelah 13 jam aku belayar dalam lena, aku terjaga sebelum azan subuh berkumandang. Saat itu sepi, sungguh sepi. Ditambah deruan angin yang kadangkala kurasa bagai cemburu akan manusia yang telah bersiap sedia untuk sujud padaNya menambahkan beban di mata.
Dingin subuh yang menggigit tetap tidak juga hilang hingga sore. Kepulan asap tidak menyaksikan peningkatan suhu, bahkan setiap saat dunia makin membeku. Hariku gagahi dengan sisa kudrat yang ada. Mungkin kami akan beku hari ini. Kepala yang berdenyut membuat aku kembali lena setelah hati mengomel tentang si gemok jingga yg menjelajahi tempat peraduanku. Persis 'dunia ini dia yang punya'. Lalu, sekian kalinya aku lena ditemani si gemok yang tak endah langsung kehadiranku disisi. Dunia kelam mimpiku terganggu dengan jeritan ceria bidadari penghuni rumah yang lain. Ah, sudah kuagak...mungkin salji. Aku bingkas bangun, tanpa menyedari sigemok telah terjatuh di tepi katil. Persetankan. Aku mau ambil gambar sebanyak mungkin hari ini. Aku bersiap sepantas mampu, namun tidak juga memungkinkan aku menjadi antara makhluk pertama yang meraikan kelahiran buih2 putih yang menderu turun dari langit. Jiran baru kami telah lama bercanda di kawasan lapang antara rumah2 yang terdapat di situ. Puas bermain salji, dan merakamkan kenangan antara kami yang sudah tidak banyak waktu untuk bersama, aku meluru ke dalam rumah. Dek kesejukan dan keghairahan bermain salji, aku pingin berkongsi saat ini dengan seseorang. Seperti tahun sebelumnya, aku ingin berkongsi salji kali ini dengan dia. Lincah jemari mendail. Talian belum bersambung bila aku tersedar. Tak mungkin kali ini. Tidak akan. Ku kuakkan langsir, ku buka jendela. Rasa sejuk angin kali ini tetap sama seperti sebelumnya. Perasaannya jua sama. Bezanya, kali ini lebih syahdu. Lebih rasa sepi. Pungguh dilabuhkan dan mata tertancap keluar tingkap. Sama lagi. Namun kali ini, sendiri.

Catatan Salji 2008
1551,3rd march 2008
steve's class.
"write down the 6 key conditions...." . then someone in the class.. "is that snow?"
everyone started looking out the window. the day's quite dark. and its freezing cold in the class..though tingkap bukak sket je. and i looked. nope. its just hail shower. hurm..hail shower will be followed with snow. hurm. lovely. no one can concentrate on the discussion now. we're too bz counting the tiny spots. :) "alrite, lets go out and experience the snow." steve knew that we wouldnt be able to focus again.steve let us go early. thanks steve. so there we went, after him.we throw snowballs to our buddies. it doesnt matter whether we have the coats on or not. we just want to feel it, stand in the coldness, let it cover our apparel. let it melt on us. let it be. subhanallah. it's beautiful. its wonderful. i thank god, for letting me witness this. if only i could have my family beside me. there i stood, feeling each member of my family in my nerves, giving them a chance to feel it too. i rushed back, called abah. i shared the moment with him. my housemates went out, amek gambar. but i didnt follow. i dont care if i dont portrait myself in the snow. for i was on the phone with abah. i watched the snow as i talked to abah. i shared my precious moment with him. outside, the hockey field turned into ice ring. i went for a walk outside, when the snow nearly gone. they melted. i walked around MARJON. capturing daffodils for mak.

night
i was looking at the rain drops..then i realized that the droplets became light.it flew.. i looked up, the flakes fell on my face. its snowing again. subhanallah. yezza! salji dah turun. i stepped out, let the snow fell on me. few minutes, its over. and i smile,shivering..for my sweater, socks basah.hehe. sejok. dah, lets go inside..cr heater.

therefore, it is a 'snow day', its the day i shared with mak and abah.

ps: talked to locals td, found out that it is very rare to have snow in plymouth. guess im lucky then.

trapped

its too complicated. i dunno the beginning, i cant expect the ending. I dont know. i dont know. i dont know. Sume salah. sume pon salah. Im off~

Sunday, 1 February 2009

aah...jatuh cinta lagi

Haah. harineh aku jatuh cinta. apsal? saket? eyh, lupe. ini bukan hasnul. been to town, walked in principles. Trus mate tertancap ke arah satu baju neh. yeah, tiku klu nk gedik2 mmg suke frill...yg flowy2, yg lace...sume itulah die. heels, and boots. gile. ape td, hah baju tuh. pergh. masyuk...tp sbab die br kuar, so kne sabar sket. mmg masyuk la melepak kat town hari ahad. tp tak masyuk sbab tak larat. dah tuh, dah tawu tak larat apsal g gedik jalan jugak. padan muke tiku. takpe2...nnt aku sehat, aku free...dan aku TAKDE DUET, aku jalan town 2 hari berturut2. ha. amacam, best?

kepentingan berjalan2 sewaktu takde duet:
1. klu nmpak something best, takde la trus grab, sbab takde duet.
2. tak terbazir, sbab klu ade duet, asal rase mampu kompem nk sambar.
3. mende2 kat sports world, nike adidas asics segala ttbe rase hambar. sbab takleh sambar.

kepentingan berjalan sewaktu ade duet
1. klu ade yg tgh murah, bleh la beli kan.
2. klu lapar bleh beli sandwich or muffin costa...eheh, ye tak mira???

ok. score:
takde duet: 3
ade duet: 2
3-2, sile lah jalan bile takde duet. (aku yg saje buat score die camneh...)

love you!